Kali zai nak berkongsi resepi ....kek ni mmmg sedap & x rugi mencubanya. Zai ambik dr blog Fiza . Resepi dr Fiza@UmieSofia ni dah adjust. Pada zai mmg sesuai pada tekak mereka yg x suka manis tu. Elok jgak kurangkan gula dlm masakan.
Resepi: -
Bahan-bahan: (A) 2-3 sudu besar gula
~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.
(B) ½ tin susu cair (200 ml) 70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm) ½ sudu teh esen vanilla 3 biji kuning telur 1 sudu besar kastard/tepung jagung
~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.
(C) 135 ml air 3 biji kuning telur 45 ml minyak masak (saya gunakan minyak jagung) 70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm) 140 gm tepung gandum/superfine 1 sudu teh serbuk penaik ~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
(D) (Meringue) 6 biji putih telur 70 gm gula kastor (saya kurangkan juga 50gm) 1 sudu teh cream of tartar (optional) ~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.
Cara penyediaan: 1. Tuang bahan B ke atas bahan A.
2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.
3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.
4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.
5. Sedap dihidang sejuk.
Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.
OK Kali ni plak cuba buat pastry yg seakan lipat Origami. Macam2 boleh buat dgn kulit pastry nih asal kena rajin skit ya! Zai sertakan gambar cara melipat. Harap pada kawan2 yg mencuba tu boleh faham. Bakar puff pada suhu 180'C selama 20 ~ 20min. Baru d bubuh inti kastard @ jem. Inti Kastard:
Baru2 ni naik syok plak buat pelbagai puff bila MamaFAMI duk introduce Kawan Pastry. Buat inti puff tu lebih kurang inti karipap aje. Act cara lipat pastry tu utk apple crunch @ apple strudel. Tapi kita yg bega kan dia kan! hantam aje la....