Terima kasih kerana sudi berkunjung!
Salam Pictures, Images and Photos

ORDER DI SINI!

Nama:
Email:
Nombor telefon
Kelas yang ingin diikuti : Biskut (RM100)
Baking & Deko Cupcakes & Cake (RM120)
Brownies (RM80)
Cheesetart/ Tartlet (RM80)
Creampuff/Eclair (RM60)
Fancy Cookies (RM80)
Muffin (RM60)
Shortbread (RM60)
Tiramisu&Triffle (RM80)
Tarikh yang diingini (Sabtu dan Ahad sahaja) :

create form
Showing posts with label TRIED. Show all posts
Showing posts with label TRIED. Show all posts

Saturday, 13 April 2013

13th April ~ My Birthday



Kek Span Choc coating & choc fresh cream  sempena besday ku. Hanya guna kek span choc aje. Layer & topping kek hanya pukul krim sampai kental & choc pes. Keliling ke d tabur choc chips. Atas kek biskut choc & choc manik M&M. Selamat mencuba. 


Sunday, 17 March 2013

Chicken Sherpard pie






























Bahan A (Untuk Inti):-
500 gram daging kisar (zai guna ayam)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang (guna kcg pea dlm tin)
8 biji cendawan butang (dibelah 4) *
5 biji tomato masak (dipotong dadu)*
1 batang lobak merah (dipotong dadu)*
1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil*
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
Garam secukup rasa
* zai skip
Cara Memasak Inti:-
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu.








kek choc indulgent




Sebiji Kek Span Choc. ( d belah 3 lapisan)


Filling : Mousse Coklat Hitam :

Zai buat 1/2 adunan shj utk size kek 8in diam.

200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (buat meringue)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan

2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.

3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

4. mousse yg dah siap...simpan dlm peti sejuk 15min...sblm layer pada kek

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

CARE2...
Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.

2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.

3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.

4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.



topping ganache

- 350g choc mskan
- 150ml whipping cream
- 1sdb butter

cara cara
- panaskan w/c hingga mendidih tepi...masukkan choc mskan yg dah dipotong halus...kacau hingga hancur
- masukkan butter...kacua sebati
- boleh tuang atas kek


cara cara melayer kek indulgent
*** sekeping kek span choc yg dah dipotong beberapa layer
1) sekeping kek...letakkan mousse putih
2) letakkan sekeping kek lagi...layerkan mousse hitam

3) ulang langkah hingga lapisan kek habis...paling atas...mesti lapisan kek
4) sapu kan mousse hitam pada keliling kek....sejukkan dlm peti ais sejam

5) siram topping ganache atas kek...simpan dalam peti ais lagi....sejukkan dlm 2-3jam sblm potong....



topping ganache

- 350g choc mskan
- 150ml whipping cream
- 1sdb butter

cara cara
- panaskan w/c hingga mendidih tepi...masukkan choc mskan yg dah dipotong halus...kacau hingga hancur
- masukkan butter...kacua sebati
- boleh tuang atas kek


cara cara melayer kek indulgent
*** sekeping kek span choc yg dah dipotong beberapa layer
1) sekeping kek...letakkan mousse putih
2) letakkan sekeping kek lagi...layerkan mousse hitam

3) ulang langkah hingga lapisan kek habis...paling atas...mesti lapisan kek
4) sapu kan mousse hitam pada keliling kek....sejukkan dlm peti ais sejam

5) siram topping ganache atas kek...simpan dalam peti ais lagi....sejukkan dlm 2-3jam sblm potong....

Wednesday, 12 December 2012

Oreo Millie crepe




Rata-rata ayik dengan DC ~ Durian crepe ya tak?......... pening2 lalat kan hidung bau durian.
Meh kita cuba Oreo millie crepe nih! sedappp weiiii makan sejuk2.
Resepi ~ ............. google la. berlambak d internet, 5 jenis, 7 jenis & 10 jenis tepung sume ada.
Pilih aje, jadi tak jadik kena cuba ya adik2 kakak2 jgn takut. Kita yang buat, yang penting yakin pada diri sendiri. Klu x jadik salah kan diri sendiri. Kena cuba sampai brjaya. Tapi kalau duit dah berlebih-lebih tu
x salah nak berkelas. " Tepuk dada tanya selera".

Utk Filling:

Fresh cream secukupnya  ~ pukul smpi kental
Biskut oreo ~ d hancurkan.

setiap lapisan crepe d sapu krim kental & tabur serbuk oreo.


" SELAMAT MENCUBA"







Wednesday, 10 October 2012

Crepe ~ Filling Fresh Cream




50gm tepung
20g gula
1bj telur
150ml susu segar
10g butter cairkan( klu guna santan, butter x yah kot kan nnt brminyak sgt & klu boh butter ada lemak2 skit)
Secubit garam
Setitik esen vanila
Zai wat camni, susu tu bancuh ngan gula, dah larut masukkan telur yg d kocok tu. Masukkan tepung yg dah buh garam skit. Last sekali butter cair & esen. Tapis & peram kejap <> 1 jam. 
Guna kuali non stick utk masakkan crepe. Ambil sesenduk batter, tuang & ratakan senipis yg kita mau. Biarkan kulit d sekililing kekuningan & bhgn tgh nampak licin. Boleh d angkat & sejukkan.
Filling ~ ikut kreatifiviti
Fresh cream yg d pukul kental
Isi Durian
Choc Ganache & macam2......SELAMAT MENCUBA.



Monday, 24 September 2012

Snow Cheese cake



Ini lah percubaan kali ini..... mmg nyaman je lalu kat tekak. Google aje resepi ni ya, mmg tahap kemalasan tinggi saat ini. Insyaallah kalau terajin nnt kita tempek resepi nya d sini ya. Kadang2 resepi dah berkali-kali d tempek pun ntah mana2 terselitnya, Bila terdesak itu tahan ajelah walau malu tebal muka pun mintak jugak lagi. Alhamdulillah syukur ada kawan2 & biras yg x jemu menolong. Moga Allah berkati & murahkan rezeki mereka2 ini. Kebetulan ada lebihan cream cheese, ya la dr takut rosak dpt jgak tambah koleksi peti resepi.

Monday, 17 September 2012

Salam Hari Raya ~ Trial Rainbow Cake



Trial rainbow cake buat  utk masuk perut sendiri.... hahaha. masa d kg asben buat bersama biras. kira free tutorial kebetulan pulak besday hero teciknya.

Sunday, 24 June 2012

Donut

Mencuba resepi donut :-

1/2 pkt tepung gandum (500gm)
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula castor
3 susu besar margerin @ shortening
1 susu besar mauripan
sedikit garam.

mauripan , gula bancuh bersama sedikit air (1/2 cawan)
gaul susu pekat, margerin , garam kedalam tepung. ramas seperti serbuk roti.
tuang bancuhan air bersama mauripan sedikit drmi sedikit. sehingga menjadi sebentuk doh ( tepung dah x melekat d tgn & bekas) . Uli doh sampai lembut ( agak2 20min). Perap doh selama 4 jam atau lebih,
Bentukkan bulat2 @ guna cutter donut. biarkan lebih kurang 10 ~ 15min barulah d goreng.
doh boleh jugak guna utk buat base pizza @ bun & roti. 

" Jom kita cuba sama"

Sunday, 20 November 2011

Cuba-Cuba ~ Pavlova




Cuba2 memberanikan diri membuat Pavlova.
Mmg kena mencuba lagi d masa yg akan dtg, temp x terjaga akhirnya keperangan.
rasa gula harus d kurangkan.
Sepatutnya topping bersama buah2an tapi x de stok drizzle ngan choc pun jadik!

Tuesday, 11 October 2011

Kek Karamel





Salam semua,

Kali zai nak berkongsi resepi ....kek ni mmmg sedap & x rugi mencubanya.
Zai ambik dr blog Fiza . Resepi dr Fiza@UmieSofia ni dah adjust. Pada zai mmg sesuai pada tekak mereka yg x suka manis tu. Elok jgak kurangkan gula dlm masakan.


Resepi: -

Bahan-bahan:
(A)
2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.


(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (saya gunakan minyak jagung)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (saya kurangkan juga 50gm)
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.


Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.

Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.


Kelas & Tempahan ;- Zai 019-2169313

Sunday, 24 April 2011

Coffee Chiffon Cake





C0FFEE CHIFFON CAKE
Source : Nyonya Food

Ingredients

Step 1:

8 medium egg yolks
2oz fine sugar
2oz Instant Coffee ( I mixed water & coffee emulco)
3oz corn oil or olive oil
5oz self raising flour

Method:

Beat egg yolk and sugar lightly with a hand whisk till sugar dissolve.
Stir in pandan juice and corn oil.
Fold self raising flour into egg mixture.
Set aside.

Step 2:

Ingredients:

8 egg whites
5 oz fine sugar
pinch of salt

Method:

Beat egg whites till frothy. Slowly add in sugar and pinch of salt while beating at high speed.
Beat until the egg white is stiff and shining but not dry. ( About 3 minutes)

Step 3:

Preheat oven at 175 degrees Celsius.
Use a spatula and gently fold egg yolk mixture into the egg white mixture(meringue)

Chocolate paste :

30ml milk}
20g sugar}
5g flour}
10g cocoa powder}
5g butter}
blend well

Step 4:

Remove 1/4 of the batter and mix it with the chocolate paste, blend well.
Pour the 2 batters into ungreased tube pan using your imagination and create your own marble effect. Bake at 170 - 180C for 35 - 45 minutes or till cooked.
Invert the cooked cake during cooling process.

Once cake is cooked, remove cake from oven immediately and invert pan onto wire rack. Let it cool before removing cake from pan

Note :
I made half the recipe and baked it in an ungreased 18cm tube pan.

KEK ZEBRA -



Kak Fauziah Norizan

Bahan A
6 Biji Telur Ayam [ gred C ]
165 gm. Gula Kaster
1 camb. Ovellet
45 gm. Susu Pekat Manis
25 gm. Air
1 camt. Vanilla

Bahan B
250 gm. Tepung Gandum
1 camt. Baking Powder
[ ayak 2 X ]

Bahan C
150 gm. Butter [ dicairkan]

1 camb. Dark Chocolate [ warna kek lebih cantik dan sedap ]
1 Loyang 8'

Caranya:
Sapu dasar loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Dibahagian kelilingnya sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung dan ketuk lebihan tepung tadi.Ketepikan.
Cairkan butter, ketepikan.
Ayak tepung, ketepikan.
Panaskan oven 150'C.
Sekarang kita mula kan mengadun. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk adun putar seketika lebih kurang 1 min atau sehingga semuanya sebati [ jangan sampai kembang ]
Masukkan tepung putar no 6 atau"high speed" selama 10 min.
Perlahankan, tuang minyak sedikit2 hingga habis, lebih kurang dalam 5 kali tuang. [ pastikan minyak dah sejuk ]
Keluarkan dan gaul dengan tangan guna senduk kayu. [ mungkin ada saki baki minyak yang tidak tecampur dengan rata pada adunan.
Bahagi adunan kepada 2. Lebih kurang 1 adunan dapat 500 gm.
1 adunan di masukkan 1 camb. dark chocolate. Gaul rata [ jangan terover mix.] Mula melapis ditengah2 loyang dengan 2 camb. warna asal dan 2 camb. warna chocolate letak diatas warna asal tadi. Buat begini hingga semua adunan habis. [ jika lapisan senget ke apa ke biar saja nanti ia akan ke serata loyang jangan kacau ]

Pandan Swissroll





Kalau ada jem & srikaya yg x habis boleh d sumbat dlm sroll ya! Jgn Membazir!

KEK ALUNAN KASIH



Sumber : kak nor secubit garam

Bhn.
5 biji telur
250g butter
2 1/2 cwn tpg gandum } ayak
1st b/powder }
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn susu cair
1st vanila esen
serbuk koko - secukupnya
pewarna ikut suka
Cara
Butter + gula = pukul kembang
Masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang
Masukkan vanila + susu cair
Akhir sekali masukkan tepung skit demi skit
Bahagikan kepada 3 bhg, ikut colour yg disukai merah, hijau, kuning
Masukkan adunan merah dlm loyang, ratakan....tabur serbuk koko memenuhi lapisan merah, masukkan pula adunan hijau dan tabur serbuk koko spt tadi dan ulang hingga adunan habis.
Bakar 45', suhu 160 C
Nota : lapisan kaler2 tu kena tebal sbb bila melapis, lapisan koko tak terikut sama.

Friday, 1 April 2011

CHOC. BANANA SQUARE





Sumber : Hanamemories
Bahan-bahan
• 1/2 cawan butter
• 1 cawan gula
• 1 biji telur
• 1 sk esen vanila
• 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1 sk baking powder
• 1 sk baking soda
• 1/2 teaspoon salt
• 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
• 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
Cara-cara
• Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
• Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
• Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.

Kindly Drop by


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com