Terima kasih kerana sudi berkunjung!
AIS KRIM GORENG
sumber : yani
Bahan:
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur (mklang guna putih telur)
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts (mklang letak almond)
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya (tak buat)
Cara
Scoop aiskrim
Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola.
Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
Campurkan conflakes dan walnuts/almond ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.
Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts .
Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur.
Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.
Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer.
Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
Panaskan minyak.
Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat.
Angkat dan bolehlah terus makan.
Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree. "SELAMAT MENCUBA"
0 comments:
Post a Comment