Terima kasih kerana sudi berkunjung!
Salam Pictures, Images and Photos

ORDER DI SINI!

Nama:
Email:
Nombor telefon
Kelas yang ingin diikuti : Biskut (RM100)
Baking & Deko Cupcakes & Cake (RM120)
Brownies (RM80)
Cheesetart/ Tartlet (RM80)
Creampuff/Eclair (RM60)
Fancy Cookies (RM80)
Muffin (RM60)
Shortbread (RM60)
Tiramisu&Triffle (RM80)
Tarikh yang diingini (Sabtu dan Ahad sahaja) :

create form

Tuesday, 24 March 2009



REsepi sumbangan MkLang Azie Ulam Pegaga.
Pesanan MkLang:

kalo nak wat muffin cchip, gunapakai resepi rinchan yg dah dimodipai oleh matgebu...dan kalau nak wat mufin pisang, ambik resepi chef wan ni....sedap....jgn buat yg kacau gaul tu, keras....wat guna mixer je....bior lembut org nak makan esokkan..





CHOC.CHIP ALMOND MUFFIN

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul dan diayak)
2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
1 1/3 cawan gula halus (mat guna brown sugar)
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan coklat chip*
1/2 cawan kismis*
1/2 cawan kepingan badam*(*digaul rata)
Sedikit kepingan badan dan coklat cip utk hiasan

Cara membuatnya :-)
1. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed, tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
2. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar sekadar semua sebati sahaja.
3. Masukan kepingan badan, kismis dan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
4. Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyan 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan kepingan badan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit, bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2

1 comments:

Anonymous said...

siap ada tips lagi.. camni baru best..tapi kalau tak jadi gak kena call kak zai terus ni..he..he..

Kindly Drop by


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com